Sabah Cinema Online

Diuruskan oleh MyArtGreen Studio

Tarikh Kemaskini: 2026

Sabah Cinema Online menghargai privasi setiap pengguna. Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat pelanggan ketika menggunakan platform kami.

1. Maklumat Yang Dikumpulkan

Kami mungkin mengumpul maklumat seperti:

  • Nama pengguna
  • Alamat emel
  • Maklumat akaun pengguna
  • Rekod transaksi pembayaran
  • Maklumat teknikal berkaitan penggunaan laman web

2. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat pelanggan digunakan untuk:

  • Membuka dan mengurus akaun pengguna
  • Memproses pembayaran PPV
  • Memberikan akses tontonan filem
  • Memberikan khidmat sokongan pelanggan
  • Menghantar maklumat berkaitan platform (jika mendapat persetujuan pengguna)

3. Perlindungan Maklumat

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat pengguna daripada akses tanpa kebenaran.

4. Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual atau menyebarkan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau penyedia perkhidmatan pembayaran.